Jul 26, 2018

BENGKEL YOUNG JENIN WRITER

Bengkel ini pada mulanya sekadar berkongsi cara penghasilan buku dengan beberapa anak kawan-kawan. Teknik yang diajar sama seperti yang digunakan oleh penerbit-penerbit dalam penghasilan buku kanak-kanak iaitu mesti ada skrip, story board dan dummy.

Cuma ia diolah untuk memudahkan pemahaman ikut usia para peserta (paling muda berusia 3 tahun).

Menariknya, para peserta sendiri yang memberi inspirasi bahawa imaginasi kanak-kanak dan remaja ini boleh melangkau di luar kotak sedia ada. Maka, terlahirlah penghasilan buku:

+ menggunakan teknik kirigami
+ zine 8 muka


FASA VALIDASI #becomingjenin

Bermula Ogos 2018, Bengkel Young Jenin Writer akan memulakan jerayawara dan membuka peluang kepada anak-anak yang sebelum ini tidak mempunyai peluang untuk  mencungkil bakat atau kurang didedahkan dengan aktiviti-aktiviti kreatif. Misalnya para pesakit muda, anak-anak gelandangan, anak-anak pelarian dan anak-anak miskin bandar sebagainya. 

Oleh yang demikian, bayaran dan kumpulan peserta untuk bengkel ini akan dipecahkan kepada 3 kategori:

1. Pelajar dan Guru 
--> RM10 seorang (minimum peserta ialah 20 orang). 
--> mohon sediakan bahan-bahan seperti kertas, gunting, marker dan peralatan menulis/melukis.
--> Jika di luar KL, mohon hubungi untuk tambahan kos luar kawasan.

2. Kumpulan Kurang Berkemampuan
--> percuma (maksimum peserta ialah 20 orang). 
--> mohon sediakan bahan-bahan seperti kertas, gunting, marker dan peralatan menulis/melukis. Jika tiada, sila maklumkan awal. 
--> Jika ada pihak yang mahu menaja, boleh terus ke bit.ly/becomingjenin atau hubungi Mimi Salleh. 

3. Penganjuran Bersama
--> RM30 setiap peserta (minimum peserta ialah 7 orang). Ada perkongsian usahasama.
--> mohon sediakan bahan-bahan seperti kertas, gunting, marker dan peralatan menulis/melukis.
--> Jika di luar KL, mohon hubungi untuk tambahan kos luar kawasan.


PEMBELIAN KARYA

  • Hanya peserta berusia di bawah 17 tahun akan dipertimbangkan untuk pembelian karya. 
  • Syarat-syarat penghantaran karya ada dinyatakan di dalam 'Starter Kit: Young Jenin Writer'. Bagi memastikan yang menyertai adalah yang benar-benar komited, bayaran RM10 dikenakan. 
  • Bagi para peserta yang kurang berkemampuan, kerjasama akan dibuat dengan pegawai yang berkaitan untuk perbincangan pemilihan karya. 

Semoga usaha kecil kita ini memberi impak besar dalam melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif.