Jan 30, 2021

KELAS ONLINE JENIN








Terima kasih kepada semua yang telah menyokong semua kelas-kelas online yang dianjurkan oleh Mimi Salleh. Bermula 1 November 2022, fokus diberikan pada bimbingan kepada penulis swaterbit buku kanak-kanak di bawah Komuniti Swaterbit Kids Book (SKB). 

MAKLUMAT PENDAFTARAN TERKINI: Klik 
http://bit.ly/swaterbitkidsbook2


Kelas-kelas berikut tidak lagi diajar kepada umum tetapi boleh dianjurkan melalui jemputan. Boleh berhubung dengan Mimi Salleh di talian 0123907546 untuk perbincangan lanjut. 

BUKU BERGAMBAR ONOMATOPOIEA GUNA POWERPOINT 
  • Memahami dan mengetahui fakta menarik mengenai onomatopoiea.
  • Belajar menghasilkan konsep cerita.
  • Belajar merekacipta watak daripada bentuk-bentuk yang sedia ada di powerpoint.



BINA IDEA CERITA GUNA TEKNIK KIRIGAMI
  • Kirigami adalah sebahagiaan daripada seni kejuruteraan kertas dan asas pada pembikinan buku pop up, akordian dan lain-lain.
  • Belajar potongan asas kirigami.
  • Menghasilkan cerita seterusnya menggabungkan semua elemen menjadikan ia buku. 


OLAHAN PENCERITAAN CERITA RAKYAT
  • Berkongsi norma baharu dalam penceritaan cerita rakyat
  • Memberi inspirasi sekaligus mengangkat cerita rakyat
  • Menunjukkan contoh inovasi buku/produk cerita rakyat.
  • Ini sesi perkongsian pengalaman Mimi Salleh.



WRITING FOR NON WRITER 
  • Memahami topik yang hendak ditulis.
  • Mengetahui cara mengeluarkan idea penulisan mengikut kesesuaian masing-masing.
  • Tip merancang dan memastikan manuskrip yang dimulakan akan siap. 





















Oct 11, 2020

STORYBOARD : BUKU BERGAMBAR KANAK-KANAK

Antara perkara penting dalam menerbitkan buku bergambar kanak-kanak ialah mesti ada storyboard atau papan cerita. Ia memberi gambaran kasar rupa susun atur buku. Storyboard digunapakai bukan hanya untuk menghasilkan buku malah filem animasi juga. 

Langkah berikut untuk memudahkan pemahaman guna skrip yang telah dibuat sebelum ini (lihat https://akujenin.blogspot.com/2020/10/skrip-buku-kanak-kanak.html):

1. Andai kita mahu menghasilkan buku informatif ABC bertajuk 'Impian Melancong' setebal 8 muka surat. Mula-mulai lukis kotak-kotak seperti di bawah.

2. Setiap kotak misalnya muka surat 2 dan 3 adalah gambaran 'spread' iaitu apabila buku dibuka. Sebelah kiri ialah mukasurat 2 dan sebelah kanan muka surat 3. 

3. Jika buku kita hanya 8 mukasurat, bermakna mukasurat ke-8 berada di helaian terakhir. Jika 20 muka surat bermakna mukasurat ke-20 adalah halaman terakhir.

4. Selalunya halaman terakhir buku bergambar kanak-kanak kita letakkan ilustrasi tanpa teks. Jika mahu letak teks pastikan itu adalah penutup cerita dan tidak panjang.

5. Lakaran ilustrasi di storyboard tidak perlu sempurna. Cukup sebagai panduan terutama kepada orang yang akan membuat grafik untuk memahaminya. Buat orang lidi pun boleh.

6. Selalunya buku bergambar mempunyai lebih 70% ilustrasi. Pastikan semasa membuat storyboard, lokasi teks sudah dikenalpasti. Ini bagi memastikan ia tidak bertindih dengan sebarang objek penting pada ilustrasi.


SKRIP BUKU KANAK-KANAK


Cara paling mudah untuk memahami skrip buku terutama buku bergambar kanak-kanak adalah menghasilkan buku bergambar informatif. Guna ABC sahaja.


Paling penting mesti fikirkan tajuk dan tema. Misalnya tajuk 'Impian Melancong'. Menggunakan tema negara-negara yang bermula dengan awal abjad A, B, C dan seterusnya. Beri cadangan ilustrasi untuk setiap teks.

Cara susunan ialah secara spread iaitu apabila buku dibuka yang akan nampak mukasurat 2 dan 3, 4 dan 5 dan seterunysnya.

Lihat template skrip seperti di bawah : 







Jul 26, 2018

BENGKEL YOUNG JENIN WRITER

Bengkel ini pada mulanya sekadar berkongsi cara penghasilan buku dengan beberapa anak kawan-kawan. Teknik yang diajar sama seperti yang digunakan oleh penerbit-penerbit dalam penghasilan buku kanak-kanak iaitu mesti ada skrip, story board dan dummy.

Cuma ia diolah untuk memudahkan pemahaman ikut usia para peserta (paling muda berusia 3 tahun).

Menariknya, para peserta sendiri yang memberi inspirasi bahawa imaginasi kanak-kanak dan remaja ini boleh melangkau di luar kotak sedia ada. Maka, terlahirlah penghasilan buku:

+ menggunakan teknik kirigami
+ zine 8 muka


FASA VALIDASI #becomingjenin

Bermula Ogos 2018, Bengkel Young Jenin Writer akan memulakan jerayawara dan membuka peluang kepada anak-anak yang sebelum ini tidak mempunyai peluang untuk  mencungkil bakat atau kurang didedahkan dengan aktiviti-aktiviti kreatif. Misalnya para pesakit muda, anak-anak gelandangan, anak-anak pelarian dan anak-anak miskin bandar sebagainya. 

Oleh yang demikian, bayaran dan kumpulan peserta untuk bengkel ini akan dipecahkan kepada 3 kategori:

1. Pelajar dan Guru 
--> RM10 seorang (minimum peserta ialah 20 orang). 
--> mohon sediakan bahan-bahan seperti kertas, gunting, marker dan peralatan menulis/melukis.
--> Jika di luar KL, mohon hubungi untuk tambahan kos luar kawasan.

2. Kumpulan Kurang Berkemampuan
--> percuma (maksimum peserta ialah 20 orang). 
--> mohon sediakan bahan-bahan seperti kertas, gunting, marker dan peralatan menulis/melukis. Jika tiada, sila maklumkan awal. 
--> Jika ada pihak yang mahu menaja, boleh terus ke bit.ly/becomingjenin atau hubungi Mimi Salleh. 

3. Penganjuran Bersama
--> RM30 setiap peserta (minimum peserta ialah 7 orang). Ada perkongsian usahasama.
--> mohon sediakan bahan-bahan seperti kertas, gunting, marker dan peralatan menulis/melukis.
--> Jika di luar KL, mohon hubungi untuk tambahan kos luar kawasan.


PEMBELIAN KARYA

  • Hanya peserta berusia di bawah 17 tahun akan dipertimbangkan untuk pembelian karya. 
  • Syarat-syarat penghantaran karya ada dinyatakan di dalam 'Starter Kit: Young Jenin Writer'. Bagi memastikan yang menyertai adalah yang benar-benar komited, bayaran RM10 dikenakan. 
  • Bagi para peserta yang kurang berkemampuan, kerjasama akan dibuat dengan pegawai yang berkaitan untuk perbincangan pemilihan karya. 

Semoga usaha kecil kita ini memberi impak besar dalam melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif.








Dec 2, 2016

MENGENAI MAT JENIN SOLJAR SAVANT

Hah! Korang layan dulu gambar-gambar ini.

Logo rasmi Akadmi Sortam di mana Mat Jenin belajar

Ini rupanya Sortam dan kawasan sekitar

Cer lihat dekat-dekat pada gambar. Itu klu apa yang akan berlaku dalam siri Mat Jenin Soljar Savant



Dec 1, 2016

KEPUTUSAN KAVER MJSS

Keputusan undi Kaver A vs Kaver B amat sengit... seperti melihat permainan badminton. Sekejap A menang, kemudian B. 

Daripada jumlah undian di 5 media sosial, keputusannya Kaver A mendahului dengan 7 undi. Inilah kaver yang akan digunakan untuk novel Mat Jenin Soljar Savant (MJSS).

Jenin tertarik dengan komen-komen semalam. Brilliant suggestions. Sesiapa yang mahu memberi cadangan untuk memperkemaskan Kaver A ini, dipersilakan. Semua cadangan akan dipertimbangkan. 

p/s: Bagi yang sudah mengundi untuk Kaver B, ia masih digunakan untuk poster dan mungkin di dalam buku. Pre-order akan bermula pada 11hb Disember 2016.


Nov 29, 2016

PEMILIHAN KAVER MAT JENIN SOLJAR SAVANT

Fuihh... akhirnya imaginator Jenin siap desain kaver.

Tapi belum boleh cetak lagi. Perlu buat pilihan antara dua kaver ini.

Jenin pun pening nak pilih. Dua-dua nampak cantik.

Korang pilihlah ye.

Pilih A atau B.

Akhir esok pukul 8.30 pagi.


Nov 17, 2016

UPSR KISAH SEMALAM, HARI INI KISAH BARU.

Jenin tahu hari ini banyak kawan-kawan yang masih bersedih dengan keputusan UPSR semalam. Jenin tak tahu nak bagi nasihat. Biar imaginator Jenin, Kak Mimi yang tulis ye....

***********
Salam kasih-sayang dari Kak Mimi 😄
Adik-adik yang baru mengambil keputusan UPSR semalam, Kak Mimi nak adik-adik bayangkan sesuatu.
Bayangkan sebuah negara berteknologi tinggi dengan A.I (komputer berintelek). Pelajarnya belajar melalui komputer. Punyalah moden, ada keretapi terbang (berkuasa hidraulik).
Tiba-tiba... semua musnah sekelip mata. Perang berlaku dengan teruk sekali. Langit malam jadi terang seperti bunga api dengan tembakan dan mortar. Semua cerdik pandai, terkorban.
Bagaimana penduduk selepas perang itu nak hidup tanpa komputer, tanpa teknologi?Boleh ke mereka hidup?
Bolehhh.... Kita ada bakat dan imaginasi.
Apa yang Kak Mimi suruh adik-adik bayangkan tadi ialah permulaan kisah Mat Jenin Soljar Savant. 
Mat Jenin seorang budak yang membantu negara baru (yang tiada teknologi) mencipta produk-produk inovasi. Kemudian, dia guna imaginasi & bakat dengan pertolongan kawan-kawannya untuk membantu negara memusnahkan 'robot jahat'.
Kak Mimi tahu ramai adik-adik yang sedang bersedih dengan keputusan UPSR semalam. Nak nangis, nangis habis-habis. Sebab selepas ini adik-adik mesti kesat air mata dan bangkit semula. 
Ilmu di atas kertas perlu dijadikan sesuatu. Ini gunanya imaginasi dan bakat. 
Ayuh adik-adik! Kita bangkit. 
Hari ini adalah hari baru. 💌
p/s: nanti Kak Mimi tunjuk di youtube tabik spring Mat Jenin dan kawan-kawannya ye.

Nov 8, 2016

SESI BERCERITA DI SK USJ2

Ohsemmm.

Imaginator Jenin, Kak Mimi ke  Sekolah Kebangsaan USJ2. Ada lebih kurang 200 pelajar antara Tahun 1 hingga Tahun 5.

Kak Mimi cerita semua buku Siri Jenin Junior:

  • Impian Kembara
  • Impian KLCC
  • Impian Menyelam
  • Impian Angkasa
  • Impian Main Salji
Buku mewarna Jenin Junior dijual murahhhh sangat. RM2 je tau satu.

Sesiapa nak ajak Kak Mimi bercerita boleh emel akujenin101@gmail.com.

Sesiapa nak beli buku mewarna Siri Jenin Junior boleh klik bit.ly/jeninwarna.

Oh! Marilah jadi ahli Kelab Jenin Junior. Boleh jumpa imaginator Jenin, Kak Mimi. 

Bagaimana nak jadi ahli? Senang je. Klik bit.ly/kelabakujenin.





   


Nov 6, 2016

TEKNIK BERCERITA DENGAN MAMATOK

Apa khabar kawan-kawan semua?

Nak beritahu, hari ini imaginator Jenin mengikuti Bengkel Teknik Bercerita dengan  Mamatok atau nama sebenarnya Puan Hasniah Hussain. Ini anjuran, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) dan Biro Pengembangan Bahasa & Sastera GAPENA.

Antara teknik yang Kak Mimi belajar:
1. Teknik tanpa alat
2. Teknik tampalan menggunakan felt/laminate/kad ("Kisah Rama-Rama")
3. Teknik lipatan kertas/kain ("Kisah Pak Anjang dan Pak Endek")
4. Teknik Boneka ("Kisah Pungguk dan Ayam",  "Teratai Putih, Teratai Merah", "Chot dan Cham")
5. Teknik tali ("Kisah Biawak dan Ular")
6. Teknik menggunakan buah (Te, Ti, Kus)

Popular juga Mamatok.

Dia dah tulis lebih daripada 18 buah buku. Fuyoo ada yang menang anugerah. Mamatok pernah membuat persembahan di sekitar Asia Tenggara hingga ke China dan memenangi anugerah Pencerita terbaik diperingkat antarabangsa.

Cer cari mana Kak Mimi dalam gambar kat bawah ni ;)

Oct 27, 2016

JENIN JUNIOR PERTAMA KALI JUMPA PEMBACA

Gabra. Nerves. Gigil.

Pertama kali bawa buku Mewarna Siri Jenin Junior menemui pembaca. 

Ke SMK Putrajaya 5 (1). 

Mereka buat Hari Kerjaya. 

Jenin pun join. Ini beberapa gambar, rakan-rakan bergambar dengan imaginator jenin. 

Jika nak beli buku mewarna siri Jenin Junior, boleh klik di bit.ly/jeninwarna








Oct 16, 2016

SIRI JENIN JUNIOR

Siri Buku Mewarna Jenin Junior sudah siap. Nak hantar print je. Dulu, aku terfikir, kesian juga kepada adik-adik yang belum boleh baca adventure aku dalam Mat Jenin Soljar Savant.

Mereka pun mesti nak kenal siapa Jenin.

Nasib baik imaginator aku, lukis dan tulis cerita untuk yang adik-adik yang belum ke sekolah. Umur berapa ek yang belum sekolah? Emmm... Tak kisahlah. Asalkan dia boleh faham bila imaginator aku bercerita, itu kira boleh lah. Oh ya! Imaginator aku akan ke sekolah atau rumah-rumah untuk siri bercerita.

Emel je ke akujenin101@gmail.com atau PM ke fb http://facebook.com/akujenin.mimisalleh

Jumpa lain kali.




COUNTDOWN #AKUJENIN

Dup dap dup dap... Aku suspen menunggu macam mana imaginator aku nak selesaikan konflik belalang Gregaria. Alhamdulillah, 17 September yang lalu, manuskrip Mat Jenin Soljar Savant (MJSS) siap.

Wah! Aku macam tak percaya imaginator aku jadikan aku sebahagian daripada Soljar Savant. Tahu ke apa itu Soljar Savant?

Soljar = tentera, army, pasukan

Savant = orang yang mempunyai kebijaksaan atau kepakaran tertentu

Soljar Savant = Tentera yang menggunakan kebijaksaan untuk menyelesaikan konflik dan menghasilkan produk inovasi untuk manfaat ramai. Fuhhh! baca dalam satu nafas tu.

Bagi yang suka cerita Sai-Fi, siri novel Mat Jenin pun ada cerita perang. Opps... tak boleh cerita semua :p

Esok, pukul 12.00 tengah hari ada pengumuman. Tunggu.



Aug 28, 2016

AKU NERVES

Selama ini, aku diam-diam duduk di atas pokok Banyan. Berimaginasi dalam dunia aku sendiri.

Memandangkan buku siri adventur yang pertama 'Mat Jenin Soljar Savant' akan siap sedikit masa lagi, blog salah satu cara untuk aku kenalkan buku-buku itu. 

Silalah klik di page 'Manuskrip'. Ada novel 'Mat Jenin Solar Savant' dan buku bonus 'Aku Jenin: Diari Adventur Mat Jenin Soljar Savant'. 

Ohhh! Aku pun baru siapkan link bit.ly/kelabakujenin. Ini untuk sesiapa yang nak jadi ahli terawal 'Kelab Ahli Jenin'.

Terus-terang, menulis dan berkongsi dengan korang, ada sedikit gementar. Nanti jumpa aku di http://facebook.com/akujenin.mimisalleh 

Doakan buku-buku aku siap bulan Oktober 2016.