Nov 17, 2016

UPSR KISAH SEMALAM, HARI INI KISAH BARU.

Jenin tahu hari ini banyak kawan-kawan yang masih bersedih dengan keputusan UPSR semalam. Jenin tak tahu nak bagi nasihat. Biar imaginator Jenin, Kak Mimi yang tulis ye....

***********
Salam kasih-sayang dari Kak Mimi 😄
Adik-adik yang baru mengambil keputusan UPSR semalam, Kak Mimi nak adik-adik bayangkan sesuatu.
Bayangkan sebuah negara berteknologi tinggi dengan A.I (komputer berintelek). Pelajarnya belajar melalui komputer. Punyalah moden, ada keretapi terbang (berkuasa hidraulik).
Tiba-tiba... semua musnah sekelip mata. Perang berlaku dengan teruk sekali. Langit malam jadi terang seperti bunga api dengan tembakan dan mortar. Semua cerdik pandai, terkorban.
Bagaimana penduduk selepas perang itu nak hidup tanpa komputer, tanpa teknologi?Boleh ke mereka hidup?
Bolehhh.... Kita ada bakat dan imaginasi.
Apa yang Kak Mimi suruh adik-adik bayangkan tadi ialah permulaan kisah Mat Jenin Soljar Savant. 
Mat Jenin seorang budak yang membantu negara baru (yang tiada teknologi) mencipta produk-produk inovasi. Kemudian, dia guna imaginasi & bakat dengan pertolongan kawan-kawannya untuk membantu negara memusnahkan 'robot jahat'.
Kak Mimi tahu ramai adik-adik yang sedang bersedih dengan keputusan UPSR semalam. Nak nangis, nangis habis-habis. Sebab selepas ini adik-adik mesti kesat air mata dan bangkit semula. 
Ilmu di atas kertas perlu dijadikan sesuatu. Ini gunanya imaginasi dan bakat. 
Ayuh adik-adik! Kita bangkit. 
Hari ini adalah hari baru. 💌
p/s: nanti Kak Mimi tunjuk di youtube tabik spring Mat Jenin dan kawan-kawannya ye.

No comments:

Post a Comment