PENULIS/PENCIPTA

Mimi Salleh anak kelahiran Kuala Lumpur mendapat pendidikan awal di Gombak sebelum melanjutkan pelajaran dalam jurusan perniagaan di Institut Teknologi Mara pada tahun 1992. Hasrat untuk memantapkan operasi syarikat penerbitan milik keluarga telah memusatkan azamnya untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Operasi Perniagaan di Illinois State University pada tahun 1996 dan seterusnya Sarjana Sains Komunikasi Korporat di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1999. 

Peluang menulis datang tanpa dirancang pada tahun 1998 apabila diminta menjadi kolumnis majalah PESONA. Mengakui tiada latar belakang formal dalam bidang kewartawanan, dia belajar menemubual dan menulis rencana untuk majalah Usahawan Sukses dan sedekad kemudian menjadi editor majalah itu. 

Walaupun mempunyai pengalaman penulisan lebih 20 tahun dan menghasilkan tiga buah buku (siri Bujang OK), pengalaman menulis fiksyen hanya bermula secara serius pada tahun 2017. 

Buku Mat Jenin Soljar Savant adalah novel fiksyen awal remaja yang pertama ditulis. Keinginan untuk melihat imaginasi generasi muda diperkasakan, Mimi menghasilkan buku dan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkait langsung dengan elemen imaginasi, inspirasi dan inovasi. 



No comments:

Post a Comment