Keputusan undi Kaver A vs Kaver B amat sengit... seperti melihat permainan badminton. Sekejap A menang, kemudian B. Daripada jumlah undian di 5 media sosial, keputusannya Kaver A mendahului dengan 7 undi. Inilah kaver yang akan digunakan untuk novel Mat Jenin Soljar Savant (MJSS).
Jenin tertarik dengan komen-komen semalam. Brilliant suggestions. Sesiapa yang mahu memberi cadangan untuk memperkemaskan Kaver A ini, dipersilakan. Semua cadangan akan dipertimbangkan.
p/s: Bagi yang sudah mengundi untuk Kaver B, ia masih digunakan untuk poster dan mungkin di dalam buku. Pre-order akan bermula pada 11hb Disember 2016.