Oct 11, 2020

STORYBOARD : BUKU BERGAMBAR KANAK-KANAK

Antara perkara penting dalam menerbitkan buku bergambar kanak-kanak ialah mesti ada storyboard atau papan cerita. Ia memberi gambaran kasar rupa susun atur buku. Storyboard digunapakai bukan hanya untuk menghasilkan buku malah filem animasi juga. 

Langkah berikut untuk memudahkan pemahaman guna skrip yang telah dibuat sebelum ini (lihat https://akujenin.blogspot.com/2020/10/skrip-buku-kanak-kanak.html):

1. Andai kita mahu menghasilkan buku informatif ABC bertajuk 'Impian Melancong' setebal 8 muka surat. Mula-mulai lukis kotak-kotak seperti di bawah.

2. Setiap kotak misalnya muka surat 2 dan 3 adalah gambaran 'spread' iaitu apabila buku dibuka. Sebelah kiri ialah mukasurat 2 dan sebelah kanan muka surat 3. 

3. Jika buku kita hanya 8 mukasurat, bermakna mukasurat ke-8 berada di helaian terakhir. Jika 20 muka surat bermakna mukasurat ke-20 adalah halaman terakhir.

4. Selalunya halaman terakhir buku bergambar kanak-kanak kita letakkan ilustrasi tanpa teks. Jika mahu letak teks pastikan itu adalah penutup cerita dan tidak panjang.

5. Lakaran ilustrasi di storyboard tidak perlu sempurna. Cukup sebagai panduan terutama kepada orang yang akan membuat grafik untuk memahaminya. Buat orang lidi pun boleh.

6. Selalunya buku bergambar mempunyai lebih 70% ilustrasi. Pastikan semasa membuat storyboard, lokasi teks sudah dikenalpasti. Ini bagi memastikan ia tidak bertindih dengan sebarang objek penting pada ilustrasi.


No comments:

Post a Comment